Thursday, March 8, 2007

Perkahwinan Masyarakat Cina

Perkahwinan Cina (pinyin: hūn yīn) secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan. Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan norma masyarakat etnik Cina.
Jadual isi kandungan[sorok]
1 Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme
2 Perkahwinan Cina prasejarah
2.1 Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal
2.2 Perkahwinan antara adik-beradik
2.3 Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis
2.4 Perkahwinan sistem saka dan monogami
3.0 Upacara amal perkahwinan tradisional
4.0 Proses penceraian tradisional
5.0 Poligami
5.1 Perkahwinan ganti tikar
5.2 Isteri berbilang dengan status sama
5.3 Sekedudukan
5.4 Poliandri
6.0 Rujukan
7.0 Lihat juga

[Sunting] Perkahwinan dalam konteks Konfusianisme
Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina. Dalam sejarah Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang juga berkait dengan politik.

[Sunting] Perkahwinan Cina prasejarah

[Sunting] Perkahwinan dalam Masyarakat-masyarakat Awal
Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak berkahwin, tetapi melakukan hubungan seks antara satu sama lain secara sembarangan. Mereka dianggap sebagai menghidup seperti haiwan-haiwan yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi tentang penjodohan dan upacara perkahwinan. Sebahagian daripada "misi peradaban" Konfusianisme adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga dan mengawal tingkah laku seks.

[Sunting] Perkahwinan antara adik-beradik
Perkahwinan antara adik-beradik, walaupun dilarang dalam kebudayaan Cina, pernah dilaporkan dalam mitologi Cina yang amat awal. Terdapat sebuah cerita tentang perkahwinan antara Nüwa (perempuan) dan Fu Xi (lelaki) yang merupakan adik-beradik. Ketika itu, dunia masih tidak mempunyai banyak penduduk. Adik beradik itu hendak berkahwin tetapi mereka berasa malu. Oleh itu, mereka ke bukit Kunlun Shan dan berdoa kepada Syurga agar memberikan kebenaran untuk mereka berkahwin. Mereka berkata, "Jika Engkau membenarkan kami berkahwin, sila menyelubungi kami dengan kabus. Supaya dapat melindungi rasa malunya, Nüwa dikatakan melitupi merah mukanya dengan sebuah kipas. Pada hari ini di sesetengah desa di China, pengantin-pengantin perempuan masih mengamalkan adat resam yang menyembunyikan muka mereka dengan sebuah kipas.

[Sunting] Perkahwinan antara klan dan perkahwinan antitesis
Dalam masyarakat Cina, lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang mempunyai nama keluarga yang sama (ini tidak lagi diendahkan pada zaman baru-baru ini ketika jumlah penduduk Cina bertambah sehingga mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama mungkin tidak mempunyai sebarang hubungan antara satu sama lain). Perkahwinan tersebut diperlihatkan sebagai inses dan dianggap akan membawa risiko terhadap kelahiran anak yang cacat. Bagaimanapun, perkahwinan antara seorang anak lelaki dengan saudara-saudara sebelah ibunya tidak diperlihatkan sebagai inses. Klan-klan yang berbeza mungkin mempunyai lebih daripada satu nama keluarga. Dari segi sejarah, terdapat banyak klan yang penting yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China kuno, seperti puak Huang Di yang mempunyai nama keluarga Ji, nama keluarga orang biasa, dan puak Yan Di yang mempunyai nama keluarga Jiang. Oleh sebab perkahwinan dengan saudara-saudara sebelah ibu tidak dianggap sebagai inses, keluarga-keluarga itu kekadang berkahwin antara satu generasi dengan generasi yang lain.
Dengan masa berlalu, perpindahan orang-orang Cina semakin meningkat. Pasangan-pasangan berkahwin dalam apa yang dipanggil perkahwinan luar klan, atau lebih dikenali sebagai perkahwinan antitesis. Ini terjadi pada pertengahan Zaman Batu Baru, iaitu sekitar 5000 SM. Menurut cendekiawan-cendekiawan Cina moden daripada aliran fikiran Marxisme, sistem saka (iaitu sistem kuasa ibu) diamalkan dalam masyarakat ketika itu, dan suami-suami diperlukan tinggal dengan keluarga isterinya. Bagaimanapun, lelaki-lelaki itu masih merupakan ahli keluarga kandung mereka. Apabila suami isteri meninggal dunia, mereka dikebumikan secara berasingan di dalam perkuburan klan masing-masing. Anak-anak dikebumikan dengan ibu mereka.
Perkahwinan antitesis masih berlaku di China moden. Di Yunnan, lelaki dan perempuan dalam kelompok minoriti yang dikenali sebagai Nakhi membentuk pasangan sementara dan mereka menggelar satu sama lain sebagai "Ahchu" dan bukannya "suami dan isteri". "Ahchu" lelaki tinggal dan bekerja di rumah "Ahchu" perempuan.

[Sunting] Perkahwinan sistem saka dan monogami
Dalam perkahwinan sistem saka, seorang lelaki yang menjadi menantu akan tinggal di dalam rumah isterinya. Dia juga diperlukan menukarkan nama keluarganya menjadi nama keluarga isterinya. Ini berlaku dalam peralihan daripada perkahwinan antitesis kepada monogami yang menandakan kemerosotan sistem saka serta pertumbuhan penguasaan sistem baka (iaitu sistem kuasa bapa) di China kuno.

[Sunting] Upacara amal perkahwinan tradisional
Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM. Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.
Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga askara dan enam etiket.

Perarakan perkahwinan tradisonal Cina.
Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung dikenali.
Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.
Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada keluarga bakal pengantin perempuan.
Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.
Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah.
Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:
Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.
Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.
Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki, serta antara satu sama lain.
Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu.

[Sunting] Proses penceraian tradisional
Dalam masyarakat Cina tradisional, terdapat tiga cara utama untuk membubarkan perkahwinan:
Perceraian tanpa kesalahan: Menurut kod undang-undang Dinasti Tang (618-907), sebuah perkahwinan boleh dibubarkan atas sebab tidak bersesuaian, asalkan suami menulis catatan perceraian.
Pembubaran perkahwinan melalui mandat negara: Ini berlaku jika salah satu pasangan melakukan jenayah serius (ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara, tetapi ditakrifkan dengan lebih longgar untuk isteri) terhadap pasangan atau klan pasangannya.
Pengisytiharan perceraian satu pihak oleh suami: Bagaimanapun, untuk berkuatkuasa di sisi undang-undang, perceraian tersebut harus mendasarkan salah satu daripada tujuh alasan yang berikut:
Isteri tidak bertaat kepada ibubapa mertua. Ini menyebabkan mertua berupaya membubarkan perkahwinan tanpa kerelaan hati pasangan.
Isteri tidak berjaya melahirkan anak lelaki.
Isteri tidak beradab atau berzina.
Isteri cemburu. Ini termasuk membantah suami kerana berkahwin lagi seorang isteri atau mengambil gundik.
Isteri mempunyai penyakit yang keji.
Isteri suka mengumpat.
Isteri mencuri.
Jelas alasan-alasan tersebut boleh diputarbelitkan untuk menyesuaikan suami dan keluarganya. Bagaimanapun, terdapat tiga kekecualian yang jelas yang penceraian satu pihak tidak dibenarkan:
Isteri tidak ada keluarga untuk pulang.
Isteri pernah berkabung selama tiga tahun penuh untuk seorang mertua.
Suami miskin pada masa perkahwinan, tetapi kini telah menjadi kaya.
Undang-undang di atas adalah berkenaan dengan penceraian satu pihak yang dikuatkuasakan sejak dari masa Dinasti Tang sehingga dibubarkan oleh kerajaan Republik China pada tahun 1930.

[Sunting] Poligami
Bahagian ini membincangan aspek-aspek sosial dan undang-undang poligami, khususnya poligini (seorang lelaki dengan banyak perempuan) dalam masyarakat Cina tradisional. Kebudayaan tradisional tidak melarang atau menggalakkan poligini dengan tersurat, kecuali sebagai cara untuk memperoleh anak-anak lelaki.
Amalan poligini dalam masyarakat Cina tradisional hanya terhad kepada bilangan perempuan yang boleh didapat, serta keupayaan seseorang lelaki untuk menyara mereka. Oleh itu, poligini pada dasarnya terhad kepada golongan atasan dan kelas menengah manakala di kalangan mereka yang lain, monogami bolehlah dianggap sebagai norma. Rekod-rekod sejarah tertulis mungkin berat sebelah tentang kejadian poligami yang sebenar, kerana golongan elit bolehlah dianggap sebagai lebih ditonjolkan dalam rekod-rekod tersebut.

[Sunting] Perkahwinan ganti tikar
Perkahwinan sororat atau perkahwinan ganti tikar ialah adat resam yang mana seseorang lelaki berkahwin dengan kakak atau adik isterinya. Istilah ini kemudian diperluas untuk merangkumi saudara-saudara sepupu atau perempuan-perempuan daripada klan yang sama.
Perkahwinan ganti tikar boleh berlaku pada bila-bila masa, baik pada waktu yang sama dengan perkahwinan isteri pertama, atau semasa isterinya masih hidup, ataupun juga selepas isterinya telah meninggal dunia. Amalan ini amat biasa semasa Dinasti Zhou di kalangan orang bangsawan, dengan amalan ini juga berlaku pada zaman-zaman yang kemudian.

[Sunting] Isteri berbilang dengan status sama
Maharaja-maharaja bagi sesetengah dinasti yang agak kecil diketahui mempunyai banyak maharani. Selain itu, kejadian ini juga boleh berlaku dalam keadaan-keadaan yang khas. Umpamanya semasa perang, sepasangan suami isteri mungkin berpisah dan suami itu salah menganggap bahawa isterinya telah meninggal dunia. Dia berkahwin semula dan kemudian mendapati bahawa isteri pertamanya masih hidup. Mereka disatukan semula dan kedua-dua isterinya diakui.
Maharaja Qianlong daripada Dinasti Qing mula membenarkan poligami yang bertujuan khusus untuk melahirkan pewaris bagi lagi satu cabang keluarga. Dikenali sebagai "pewarisan berbilang", jika seorang lelaki merupakan anak tunggal, dan bapa saudaranya tidak mempunyai anak lelaki, jadi dengan persetujuan bersama, dia boleh mengahwini lagi seorang isteri. Anak lelaki daripada perkahwinan ini akan menjadi cucu dan pewaris kepada bapa saudaranya. Proses ini boleh diulangi untuk bapa-bapa saudara yang lain.
Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat meneruskan nama keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema yang ditimbulkan oleh Maharaja Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja mengharamkan sebarang bentuk pewarisan bukan nasab bapa, tetapi masih hendak mengekalkan hubungan kekeluargaan Cina yang wajar. Oleh itu, sepasangan suami isteri tidah boleh mengambil anak angkat daripada keluarga luasnya. Mereka harus mengambil anak angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang sebagai memberi kekayaan kepada "orang luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi tidak mempunyai sebarang pewaris. Perkahwinan-perkahwinan pewarisan berbilang memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki.

[Sunting] Sekedudukan
Perempuan-perempuan yang menjadi gundik diperlakukan sebagai orang yang berkedudukan rendah dan dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika ada) lelaki yang berkenaan. Perkahwinan perempuan-perempuan itu tidak dilakukan dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam hubungan, dan boleh diceraikan dengan sewenang-wenangnya. Pada umumnya, mereka datang daripada status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai abdi. Perempuan-perempuan yang lari bersama kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi memerlukan penyertaan ibu bapa mereka.
Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal, dengan maharaja hampir selalu boleh mempunyai banyak gundik.
Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua isteri utama". Secara tradisi, seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya, isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka. Seorang lelaki yang menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh "berkahwin" dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang berasingan dengannya. Disebabkan oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun perkahwinannya tidak diakui di sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik.
Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada baru-baru ini di tanah besar China. Sejak pembukaan sempadan China pada dekad 1970-an, ahli-ahli perniagaan dari Hong Kong dan Taiwan telah mengahwini "isteri-isteri sekunder" di tanah besar. Sejak dari masa itu, amalan ini juga mempengaruhi orang-orang kaya tempatan. [1].

[Sunting] Poliandri
Poliandri ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Secara tradisi, ini dianggap tidak moral dan diharamkan oleh undang-undang. Oleh itu, ia jarang ditemui. Bagaimanapun, terdapat kejadian-kejadian yang seorang lelaki terlalu miskin dan atas sebab itu, menyewa atau menggadaikan isterinya secara sementara.

[Sunting] Rujukan
"Amazing Facts of The Chinese Ancient Culture" oleh Ma Ching-kei dan Chow Lei-ying, Syarikat Penerbitan Pilot Berhad. ISBN 962-397-717-4
Gundik-gundik Cina Baru.

[Sunting] Lihat juga
Album majlis perkahwinan Cina
Ang pau
Jamuan perkahwinan dalam masyarakat Cina
Kebudayaan Cina
Pandangan Konfusianisme terhadap perkahwinan
Perkahwinan
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan_Cina"
Kategori: Keluarga Kebudayaan Cina Perkahwinan

Majlis Perkahwinan

Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya. Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang. Dengan sebab itu, sebelum seseorang melangkah ke jinjang pelamin, buatlah persediaan secukupnya baik dari segi ekonomi, ilmu, perasaan dan tingkah laku.Seseorang yang merancang untuk berkahwin mesti dapat menjangkakan kedudukan kewangannya selepas perkahwinan dan seterusnya selepas menimang cahaya mata. Jangkaan-jangkaan yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian, sewa rumah (jika perlu), kenderaan, pakaian, peralatan, bil, keluarga belah suami atau isteri dan banyak lagi pertimbangan luar jangkaan. Jika anda merasa berkemampuan untuk menguruskan kesemua hal-hal yang tersebut, maka selepas perkahwinan nanti, anda akan merasa lebih selesa. Jika tidak, bawalah pasangan anda berbincang bagi mendapatkan pemahaman dan keputusan agar kelak masing-masing dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing.Persediaan dari segi kesihatan juga dirasakan semakin perlu akhir-akhir ini. Sebelum berkahwin, anda perlu memastikan kesihatan anda memuaskan kerana takut kalau-kalau ia boleh mempengaruhi kesihatan pasangan dan merosakkan mahligai bahagia.Ilmu juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga. Orang yang berilmu biasanya lebih matang cara berfikir dan bertindak, lebih sabar dalam menghadapi kerenah rumahtangga dan tidak terburu-buru membuat keputusan.Apabila anda berkahwin, anda perlu ingat selalu bahawa insan yang dikahwini mempunyai perasaan yang berlainan daripada anda. Oleh sebab itu, jika anda dapat menyelami perasaan masing-masing, bahtera rumahtangga lebih mudah dilayari walaupun dilanda gelora. Selalulah berkomunikasi dan cuba selesaikan sebarang masalah sebelum masuk tidur.Setelah berkahwin, anda juga perlu menjaga tingkah laku. Semua kelakuan dan tabiat yang kurang disenangi sebelum berumahtangga perlulah dibuang. Anda juga harus berkelakuan mengikut situasi kerana walaupun anda berkahwin dengannya, anda perlu ingat dia punya keluarga yang perlu dijaga perasaannya.

Kemanisan Berumahtangga

Perkahwinan menghalalkan segala yang haram sebelumnya. Ia adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh hampir setiap teruna dan dara. Saat yang penuh nikmat dan saat yang penuh debaran. Nikmat kerana hanya dengan perkahwinan, segala persoalan, batasan dan khayalan kini diungkai sepenuhnya. Dalam pada itu, perkahwinan juga menghadirkan debaran-debaran pada hati kedua mempelai tatkala diijab kabul, malam pertama dan tanggungjawab yang mendatang. Dengan sebab itu, sebelum seseorang melangkah ke jinjang pelamin, buatlah persediaan secukupnya baik dari segi ekonomi, ilmu, perasaan dan tingkah laku.Seseorang yang merancang untuk berkahwin mesti dapat menjangkakan kedudukan kewangannya selepas perkahwinan dan seterusnya selepas menimang cahaya mata. Jangkaan-jangkaan yang perlu diambil kira ialah perbelanjaan harian, sewa rumah (jika perlu), kenderaan, pakaian, peralatan, bil, keluarga belah suami atau isteri dan banyak lagi pertimbangan luar jangkaan. Jika anda merasa berkemampuan untuk menguruskan kesemua hal-hal yang tersebut, maka selepas perkahwinan nanti, anda akan merasa lebih selesa. Jika tidak, bawalah pasangan anda berbincang bagi mendapatkan pemahaman dan keputusan agar kelak masing-masing dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing.Persediaan dari segi kesihatan juga dirasakan semakin perlu akhir-akhir ini. Sebelum berkahwin, anda perlu memastikan kesihatan anda memuaskan kerana takut kalau-kalau ia boleh mempengaruhi kesihatan pasangan dan merosakkan mahligai bahagia.Ilmu juga memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan rumahtangga. Orang yang berilmu biasanya lebih matang cara berfikir dan bertindak, lebih sabar dalam menghadapi kerenah rumahtangga dan tidak terburu-buru membuat keputusan.Apabila anda berkahwin, anda perlu ingat selalu bahawa insan yang dikahwini mempunyai perasaan yang berlainan daripada anda. Oleh sebab itu, jika anda dapat menyelami perasaan masing-masing, bahtera rumahtangga lebih mudah dilayari walaupun dilanda gelora. Selalulah berkomunikasi dan cuba selesaikan sebarang masalah sebelum masuk tidur.Setelah berkahwin, anda juga perlu menjaga tingkah laku. Semua kelakuan dan tabiat yang kurang disenangi sebelum berumahtangga perlulah dibuang. Anda juga harus berkelakuan mengikut situasi kerana walaupun anda berkahwin dengannya, anda perlu ingat dia punya keluarga yang perlu dijaga perasaannya.

Petua dan Nasihat

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam.

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;
Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:
"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.
Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.
Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.
Datang daripada keturunanorang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Hantaran Buat Tersayang

Kehebatan hantaran bukan terletak pada hiasan dan bagaimana ia dipersembahkan tetapi banyak bergantung pada isi dan hadiah diberi. Jadi pastikan pilihan anda tepat dan sesuai untuk si penerima.Kebanyakan jenama menyediakan rangkaian alat solek, penjagaan kullit, haruman wanita dan lelaki dalam bekas khas serta dihiasi istimewa untuk raja sehari. Sesuai mereka yang pemilih, sesetengah menyediakan khidmat membungkus dan menghias tanpa bayaran Apa perlu dibuat, pilih barangan yang diperlukan dan serahkan kepada jurujual membungkus dan menghiasnya. Tentu sahaja ilham ini amat sesuai dan memudahkan bagi mereka yang sibuk dan tiada masa mencari orang menggubahnya. Letakkan sahaja di atas dulang hantaran, pasti hebat.Panduan
Beli ketika ada promosi untuk menikmati potongan yang tentunya lebih murah. Lazimnya barangan telah sedia dihias dalam bekas cantik sesuai hantaran.
Dapatkan bantuan jurujual untuk membungkus dan menghias barangan supaya menjadi lebih menarik. Tambahan pula ianya boleh menjimatkan masa serta wang.
Pastikan terlebih dahulu apa diperlukan pasangan supaya barang hantaran itu memenuhi citarasa serta tidak membazir.
Untuk memudahkan anda membuat keputusan serta pilihan, tetapkan kemampuan dan kemudian nyatakan kepada jurujual supaya dia dapat membantu.

Bunga Telur Penyeri Pelamin

Selain daripada bunga telur, kini ramai yang beralih kepada bekas potpuri serta bekas sabun berhias sebagai ganti. Namun begitu, peranan bunga telur sebagai penyeri pelamin dan buah tangan tetamu kala merenjis pengantin di pelamin masih dikekalkan.Panduan untuk memilih atau membuat buah tangan untuk tetamu:
Cuba bunga telur yang diperbuat daripada satin. Selain daripada tahan lama dan cantik untuk disimpan sebagai kenangan, ia menonjolkan ciri-ciri kemewahan. Lebih menarik berbanding dengan yang diperbuat daripada straw atau plastik.
Hiaskan setiap tangkai bunga telur dengan reben kain satin juga. Jangan campur adukkan dengan reben plastik.
Pastikan kain dan reben mempunyai warna senada. Warna emas atau perak tidak ditelan zaman dan akan sentiasa kelihatan menarik.
Paling penting pastikan warna asas bunga telur sama dengan konsep keseluruhan perkahwinan anda.
Pastikan dulang bunga pahar untuk menyangkut bunga telur telah ditempah awal. Seelok-eloknya daripada warna tembaga, emas atau perak.
Seelok-eloknya siapkan sarung bunga telur dua bulan sebelum tarikh perkahwinan.
Tempahlah bahan-bahan untuk membuat sarung bunga telur daripada seorang pereka atau penjual sahaja untuk mendapat harga yang lebih murah. Jika anda mempunyai kenalan di dalam industri ini, cubalah dapatkan harga pemborong.
Bagi mengilatkan telur untuk bunga pahar, masukkan sesudu cuka ke dalam periuk merebus telur. Masak telur sehari sebelum hari persandingan atau majlis untuk mengelakkan telur menjadi busuk

Bunga Pegang

Tumpuan Sepanjang ZamanBilir tidur memang sentiasa menjadi perhatian. Walaupun tetamu tidak masuk, pasti ada yang menyelak langsir untuk mencuri lihat. Atas dasar inilah, walau apa jua bangsa, bilik pengantin akan dihias mengikut kemampuan masing-masing.Panduan menyiapkan bilik pengantin
Dahulu ramai yang gemar mengalas katil dengan cadar yang diperbuat daripada kain satin atau renda. Apa kata kali ini, mencuba kain cita pula. Selain daripada selesa dan tidak memanaskan, ia tahan lama dan lebih menjimatkan.
Cadar hendaklah dipilih daripada warna putih atau 'pastel' seperti warna kuning, coklat muda atau polos. Jauhi yang bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit.
Elakkan daripada meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh ke lantai. Sediakan satu ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran. Tambah menarik jika ada permaidani yang mengalas ruang tersebut.
Jauhi jambangan bunga yang besar. Lebih baik memilih jambangan bunga segar yang bersaiz kecil tetapi banyak jumlahnya supaya boleh diletakkan di tepi kiri kanan katil. Lebih manis gayanya.
Hias bilik dengan lilin beraroma dan berwarna. Selain daripada cantik dan wangi, ia juga berupaya memberi suasana romatik kepada bilik pengantin.
Bagi yang mampu, pilihlah permaidani dinding untuk meng hias dinding kerana ia berupaya menonjolkan ciri-ciri mewah. Kalau tidak, memadailah jika bilik pengantin itu dicat mengikut warna serta konsep keseluruhan perkahwinan anda.
Hiaslah meja solek dengan botol haruman comel, kaki lilin, kotak cincin, bekas tisu serta bekas potpuri. Lebih anggun jika kesemuanya terdiri daripada satu set.
Taburkan cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin anda.

Bilik Tidur Pengantin

Tumpuan Sepanjang Zaman, Bilir tidur memang sentiasa menjadi perhatian. Walaupun tetamu tidak masuk, pasti ada yang menyelak langsir untuk mencuri lihat. Atas dasar inilah, walau apa jua bangsa, bilik pengantin akan dihias mengikut kemampuan masing-masing.Panduan menyiapkan bilik pengantin
Dahulu ramai yang gemar mengalas katil dengan cadar yang diperbuat daripada kain satin atau renda. Apa kata kali ini, mencuba kain cita pula. Selain daripada selesa dan tidak memanaskan, ia tahan lama dan lebih menjimatkan.
Cadar hendaklah dipilih daripada warna putih atau 'pastel' seperti warna kuning, coklat muda atau polos. Jauhi yang bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit.
Elakkan daripada meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh ke lantai. Sediakan satu ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran. Tambah menarik jika ada permaidani yang mengalas ruang tersebut.
Jauhi jambangan bunga yang besar. Lebih baik memilih jambangan bunga segar yang bersaiz kecil tetapi banyak jumlahnya supaya boleh diletakkan di tepi kiri kanan katil. Lebih manis gayanya.
Hias bilik dengan lilin beraroma dan berwarna. Selain daripada cantik dan wangi, ia juga berupaya memberi suasana romatik kepada bilik pengantin.
Bagi yang mampu, pilihlah permaidani dinding untuk meng hias dinding kerana ia berupaya menonjolkan ciri-ciri mewah. Kalau tidak, memadailah jika bilik pengantin itu dicat mengikut warna serta konsep keseluruhan perkahwinan anda.
Hiaslah meja solek dengan botol haruman comel, kaki lilin, kotak cincin, bekas tisu serta bekas potpuri. Lebih anggun jika kesemuanya terdiri daripada satu set.
Taburkan cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin anda.

Pilih Warna Pakaian Pengantin

Masalah yang paling ketara apabila ingin memilih baju pengantin ialah warna yang harus dipilih dan kemudian jenis kain yang sesuai. Pelbagai faktor harus diambil kira seperti saiz badan pengantin, warna kulit pengantin serta pasangan serta kos yang diperuntukkan.Tambah memeningkan kepala jika seorang putih melepak dan seorang lagi gelap hitam manis. Bagi yang berkulit putih, apa sahaja warna sesuai dikenakan tetapi bagaimana pula dengan yang berkulit gelap?Warna-warna hitam, biru malam, ungu gelap, hijau gelap, merah hati dan seumpamanya adalah warna mewah. Kemewahan himpunan warna gelap ini amat berkesan jika dipadankan dengan warna kulit yang cerah kerana ciri yang berlawanan yang ada. Ia menimbulkan kesan dramatik! Jika berkulit gelap yang mengenakannya, ianya kurang menyerlah malah akan menenggelamkan seri si pemakai. Biasanya jika tiada unsur berlawanan, kesannya kurang menonjol.Pakaian pengantin yang berwarna terang pula bermakna warna-warna segar ceria sepertti putih susu, kuning air, ungu lembayung, oren cair, coklat cair dan seumpamanya. Jika yang berkulit gelap mengenakannya, ia akan menimbulkan kesan yang berlawanan yang menarik. Jikalau yang berkulit putih mengenakan warna-warna sebegini, ia akan menonjolkan gaya harmonis serta lembut.Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengantin tidak seharusnya memilih hanya bergantung kepada warna kulit sahaja. Saiz badan si pemakai juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan si pemakai kelihatan lebih besar ataupun supaya kelihatan lebih kurus. Warna terang seperti kuning atau merah jambu akan menyebabkan yang berbadan besar kelihatan lebih besar manakala warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.

Panduan Mencari Baju Kahwin Idaman

Tugas praperkahwinan yang tidak sabar dinantikan oleh bakal pengantin perempuan ialah memilih baju kahwin. Barangkali sesetengah telah membayang baju kahwin yang akan mereka gayakan sebaik sahaja si buah hati melamar. Cuma kemungkinan dek kerana dilambung ghairah, anda tidak mempertimbangkan samada khayalan itu praktikal atau tidak?Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula, dapatkan timbunan ilham daripada panduan yang kami kumpulkan sebagai panduan bagi memastikan saat bahagia dilalui dengan simbahan keseronokan, penuh riang dan gembira.
Kumpulkan majalah perkahwinan yang menyorot isu perkahwinan untuk menimbulkan ilham dan mencari aliran potongan semasa yang sesuai serta jangan lupa senaraikan harga-harganya.
Kini banyak majalah mengeluarkan senarai pakej perkahwinan dari segi pakaian, dandanan dan hotel. Jangan hanya melakukan urusan melaui telefon dan membuat keputusan sebelum temu janji. Dicadangkan anda luangkan masa beberapa hari berjalan-jalan di pusat membeli belah, masuk kedai-kedai yang berkaitan, melihat-lihat dan bertanya lebih lanjut.
Jangan lupa mengacukan sebanyak mungkin potongan yang ada. Kebanyakan baju kahwin tidak nampak cantik di gantungan tetapi apabila dipakai cantik. Ketika mengacu jangan lupa lihat sisi dan belakang.
Melalui cara di atas anda dapat mengagak anggaran peruntukan yang anda mampu. Pastikan anda buat anggaran setepat mungkin dan tentukan anda mengikut anggaran yang ditentukan.
Berikan waktu yang panjang sebelum memutuskan potongan baju kahwin. Adalah bijak bermula dengan potongan asas, sama ada anda suka kurung Johor, kebaya longgar atau kurung moden. Dan sekiranya anda bercadang memilih gaun, anda suka potongan tradisional, lurus, keruk 'empire' atau keruk 'princess'?
Kemudian tanyakan diri sama ada mahukan tathan labuci, manik atau sulaman?
Justeru itu, jangan tempah di saat-saat akhir. Kebanyakan kedai mengharapkan tempahan dilakukan tiga empat bulan sebelum hari perkahwinan.

Wednesday, March 7, 2007

Kasut Pelengkap Gaya

Apabila menyentuh tentang perkahwinan, perkara paling utama yang terlintas di fikiran pengantin dan sesiapa pun pasti berkaitan dengan pakaian pengantin. Namun perlu juga diingat, memakai pakaian indah ditambah solekan menarik siap hiasan kepala menawan tidak akan cukup sempurna jika perkara lain tidak diambil kira terutamanya kasut untuk dipakai kala majlis pernikahan mahupun bersanding.Terlupa tentang kasut di hari bahagia? Memanglah anda telah melakukan satu kesilapan besar. Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang kasutpengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala tersembunyi di belakang kain pengantin.Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan. Dalam keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Akibatnya kasut yang dipilih akan menjadi seperti tangkap muat sahaja asalkan pengantin tidak berkaki ayam.Panduan Kasut Perkahwinan
Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.
Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki.
Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.
Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.
Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.
Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.

Barangan Kemas Pengantin

Wanita mana yang tidak sukakan barangan kemas, apatah lagi jika dihadiahkan pada hari perkahwinan. Aneka perhiasan menjadi idaman namun yang kerap menjadi pujaan ialah cincin bertatah berlian lantas ia melambangkan simbol ikatan kasih yang lebih romantik dan klasik.Jika anda telah memutuskan untuk menghadiahkan si dia sebentuk cincin berlian, anda bolehlah mengintai-intai ke kedai permata untuk mencari yang sesuai. Sebelum itu, tentukan kos yang termampu kerana cincin bertatah berlian yang bermutu tinggi walaupun kecil, harganya kadangkala memeranjatkan.Anda boleh memilih daripada pelbagai bentuk berlian seperti bulat gemerlapan, zamrud, empat segi, bujur telur, bentuk pir dan macam-macam lagi. Cincin bertatah sebutir berlian bulat gemerlapan kerap kali menjadi pilihan paling anggun. Namun ada juga yang berkenankan cincin bertatah berbilang berlian. Walau apa jua keputusan anda, adalah lebih baik membawa si dia bersama ketika membuat pilihan.Anda perlu berwaspada ketika memilih berlian kerana di pasaran ketika ini, terdapat pelbagai jenis batu berlian. Biasanya yang mahal ialah berlian tulen. Manakala berlian-berlian tiruan seperti zirkon, berlian amerika atau berlian russia lebih rendah harga dan mutunya. Anda juga dinasihatkan agar memahami faktor 4C yang menentukan nilai sebenar berlian. 4C ialah berat berlian dalam kiraan karat, potongan, kejernihan dan warna. Berlian yang paling baik ialah berlian yang lebih berat, dipotong dalam segi-segi yang dapat membiaskan cahaya pelangi dengan sempurna, jernih sejernihnya tanpa sedikit pun tanda-tanda dan tiada warna. Anda boleh melihat semua ini dengan bantuan kanta pembesar di kedai barangan kemas.Sebelum anda memutuskan untuk membeli berlian, anda juga perlu memahami bahawa nilainya akan susut apabila anda bercadang menjual semula. Susut nilai berlian biasa berlaku terutama bagi berlian-berlian tiruan yang kadangkala tidak mengikut faktor 4C. Namun anda masih ada pilihan. Anda boleh membeli perhiasan emas semata-mata seperti rantai, gelang, rantai tangan dan sebagainya. Harga emas diniagakan di pasaran antarabangsa dan ia biasanya turun naik. Emas juga mempunyai pelbagai kelas seperti emas sepuluh atau emas tulen 999.9, emas singapura 916, emas paun, emas putih atau platinum dan banyak lagi. Pastikan anda melihat nombor emas di belakangnya.Bagi pengantin perempuan pula, jika berhajat anda boleh juga menghadiahkan pengantin lelaki dengan cincin suasa atau tembaga bertatah batu delima, akek, jade, lapis lazuli dan macam-macam lagi. Ia boleh dibeli mahupun ditempah. Tetapi pemberian barangan kemas untuk pengantin lelaki jarang diamalkan kerana ia hanya berfungsi untuk memeriahkan majlis manakala adat memberi barangan kemas untuk pengantin perempuan telah sebati dengan masyarakat sebagai kaedah membatalkan air sembahyang selepas akad nikah. Perlu diingat, kesemua ini semata-mata adat dan tiada kena mengena dengan agama.

Perkahwinan Dari Perspektif Islam

Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan.Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.

Serba Satu Putih Berdiri

Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan. Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik."Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman." Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda." Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan.Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan. "Hidup dikandung adat maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri." Indah, halus dan penuh beralas. Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan. Permintaan diungkapkan dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun.

Serba Satu Putih Berdiri

Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan. Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik."Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman." Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda." Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan.Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan. "Hidup dikandung adat maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri." Indah, halus dan penuh beralas. Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan. Permintaan diungkapkan dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun.

Pernikahan

Sebaik-baiknya biarlah majlis akad nikah dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini luas, terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik. Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan.Berbanding sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi jika rumah pengantin perempuan kecil dan sempit. Maka pada hari itu tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempaat majlis akad nikah itu dijalankan. Selain mengganggu pengantin lelaki, sepatutnya wanita mesti berada di dalam bilik atau di tempat yang diletakkan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada kaum lelaki.Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan. Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tari-menari.

Peminangan dan Pertunangan

Peminangan dari sudut Islam dilakukan dengan tujuan untuk;
Mengenali sifat lelaki yang baik seperti yang dinyatakan di dalam Riwayat At-Tarmizi dan An-Nassaei;"Sesempurna orang lelaki yang beriman, keimanannya ialah mereka yang berbudi baik dan berhemah lembut terhadap keluargaanya."
Untuk mengenali wanita yang salih seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa' ayat 34; "Maka wanita yang salihin itu ialah yang taat serta tetap memelihara diri di kala ketiadaan suami dengan cara yang diajarkan oleh Allah."
Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.
Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; "Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.
Namun apa yang sering berlaku kala peminangan;
Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.
Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan.
Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.

Hantaran

Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.

Adat Meminang

Dalam zaman mengejar kemajuan ini, adakalanya adat resam dikebelakangkan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa. Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat.Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.

Perkahwinan Orang Melayu

Adat Majlis Perkahwinan Melayu

Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

Perkahwinan masyarakat Malaysia

Definisi Perkahwinan

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).